Reaksi pihak kerajaan Perarakan_Keranda_Mac_2009

  • Datuk Hishamuddin Tun Hussein kesal dengan perhimpunan anti PPSMI ini kerana PPSMI telah dilaksanakan selama 6 tahun tanpa gangguan. Beliau percaya ada dalang (pembangkang) yang mempengaruhi pejuang dan pencinta bahasa ini. Kementerian Pelajaran tidak akan berganjak serta merta tetapi mengikut proses. Kementerian tidak boleh dipersalahkan kerana PPSMI merupakan keputusan beberapa kementerian dan Jemaah Menteri. [8] [9]Perhimpunan ini juga mendapat sokongan dari beberapa parti politik pembangkang dengan kehadiran pimpinan tertinggi dari parti masing-masing.
  • Pada 13 Mac 2009 beberapa individu telah disenaraikan dalam media arus perdana sebagai individu yang dikehendaki polis kerana dikatakan cuba untuk mencetuskan huru hara ekoran demonstrasi tersebut. Antara nama yang disiarkan adalah Dato' Dr Hassan Ahmad, SN Dato' A Samad Said, Hasni Abas (DBP), Prof Shahrir Md Zain, Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz (Presiden PKPIM), Ainon Muhamad, Prof Emeritus Abdullah Hassan, Suhaizan Kayat dan Dinsman.
  • Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan perarakan anti PPSMI yang terdiri dari kalangan Melayu hendaklah diambil kira . Kiranya pandangan NGO dan orang ramai ini tidak ditangani sebaik-baiknya bagi mengelakkan isu ini berpanjangan. [10] Isu PPSMI akan memberi persepsi orang Melayu bahawa UMNO tidak lagi membela Melayu dan bahasa Melayu. [11] Pejuang bahasa berhimpun di Rumah Pena dan menafikan mereka didalangi pembangkang. Dr Awang Sariyan mencemuh Datuk Hishamuddin sebagai 'baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik.' Sebenarnya sejak 2002, para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan "saluran betul" .Pelbagai seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik telah digunakan agar PPSMI tidak dilaksanakan. Pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia pernah berunding dengan Datuk Hishamuddin selaku Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda Umno di pejabatnya di Jalan Dato' Onn.[12] Perbahasan PPSMI telah diadakan Di Dewan Perhimpunan Cina Selangor berhampiran DBP pada 2002.
  • Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu isu PPSMI dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-63 pada 24-28 Mac 2009 . Jika tidak , keyakinan orang Melayu kepada UMNO akan terhakis.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok menyatakan tidak ada sebab Kementerian Pelajaran kembali kepada dasar lama oleh kerana bahasa Melayu tidak pernah terancam. Semua aspek telah dipertimbangkan semasa Dr Mahathir Mohamad mencadangkannya.[13]

Rujukan

WikiPedia: Perarakan_Keranda_Mac_2009 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/99785 http://universitipts.com/index.php/site/comments/b... http://universitipts.com/index.php/site/comments/p... http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_c... http://www.kesturi.net/archives/715